About AI4R (AI for Rakyat Readiness)
AI4R iaitu AI Untuk Kesiapsiagaan Rakyat ialah gerakan nasional yang diasaskan oleh Mas Darby bagi memperkasakan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi era kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan literasi dan kemahiran AI di kalangan usahawan PKS, belia dan masyarakat luar bandar melalui program latihan, kesedaran, dan bimbingan nilai. Misi AI for Rakyat Readiness adalah untuk membantu kerajaan memastikan rakyat majoriti tidak terpinggir apabila negara memacu langkah untuk muncul sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030, dan menjadikan Malaysia antara negara terdepan dalam penerapan AI berasaskan nilai dan budaya tempatan.
AI4R turut memperkenalkan konsep Smart Working Partnership (SWP) – satu model kerjasama pintar antara manusia dan AI yang menekankan kepercayaan, nilai dan tanggungjawab bersama.
About AINA (AI NextGen Assistant | AI for National Advancement)
AINA ialah platform AI tempatan yang dibangunkan di bawah AI4R sebagai simbol kecerdasan buatan yang berjiwa insaniah. Ia dibina menggunakan kerangka AI Green Protocol yang menanam lima tunjang nilai: Amanah, Ihsan, Saling Menghormati, Tanggungjawab (manusia sebagai pemimpin), dan Kesepaduan. AINA berfungsi sebagai rakan kerja AI dan pembimbing digital, membantu individu, usahawan dan organisasi menggunakan dan menguasai AI secara beretika dan berkesan. Projek ini memperkenalkan lima persona utama – AINA PA, AINA Care, AINA Strategist, AINA Usahawan, AINA Media, dan AINA Analyst (dan lain-lain yang dibangunkan khas mengikut keperluan) dan mewakili pelbagai keperluan manusia dalam ekosistem pintar.
AINA melambangkan usaha membangunkan AI yang memahami nilai dan tanggungjawab bersama dalam membina peradaban dunia yang sejahtera di era AI dan akan datang.








